Wednesday 11 May 2011

Mai Perlis Kita Kelih Apa Yang Boleh


Pengenalan
Negeri Perlis merupakan sebuah negeri yang terkecil dan terletak di utara tanahair Malaysia. Bersempadan dengan wilayah Thai di Satun di utara, Kedah di tenggara dan Selat Melaka di pesisiran pantai barat, Perlis terletak di pertengahan laluan lebuhraya serta jalan keretapi yang menghubungkan Singapura dan Kuala Lumpur dengan bandar Bangkok di utara. Ibu negeri Perlis ialah Kangar, manakala Arau merupakan bandar Di Raja yang terletak 10 km dari bandar Kangar.


GUA KELAM

Ia terletak kira-kira 33 km utara dari Kangar. Taman Rekreasi Gua Kelam adalah terkenal dengan jalam gua (“cave walk”). Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena kejadian semulajadi.Gua Kelam menawarkan pengalaman yang unik di dalam hutan.

PADANG BESAR

Pekan yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand ini merupakan lokasi membeli-belah yang hebat untuk dikunjungi. Pelbagai barangan seperti pakaian, beg, asesori, makanan, kelengkapan rumah dan lain-lain boleh didapati dengan harga yang lebih murah dan berpatutan.


KUALA PERLIS

Kuala Perlis terkenal dengan terdapatnya Terminal feri utama untuk penumpang ke Langkawi. Selain itu, aktiviti utama disini ialah perikanan selain memiliki berbagai restoran makanan laut yang segar dan lebih murah dengan berbagai pilihan hidangan untuk dibakar, dimasak, digoreng mengikuti cita rasa anda.

Laksa Kuala Perlis merupakan laksa yang terkenal di negeri Perlis. Laksa ini diperbuat daripada tepung beras, berkuahkan ikan begitu berselera dimakan. Laksa boleh dimakan bersama daun putat atau selom, bawang besar, mentimun yang dihiris halus-halus dan telur rebus.

TASIK MELATI

Tasik Melati terletak di utara Kota Kangar, Perlis. Ia adalah sebuah tasik yang kecil tapi indah. Ia mendapat namanya melalui bunga teratai yang terapung-apung di atas air. Tasik buatan manusia ini menjadi kesukaan orang ramai untuk berkelah, dan juga agak sesuai untuk menenangkan fikiran. Tasik Melati juga merupakan satu tasik yang kecil dengan airnya yang cetek dan sangat menarik. Lebih dari 150 buah pulau-pulau beting pasir boleh dilihat bertaburan ditasik ini.

WANG KELIAN

Pekan kecil yang terletak sempadan dengan Wang Prachan, Thailand. Salah satu tarikan di Pekan Wang Kelian ialah Nat Wang Kelian. Lazimnya, kemeriahan dan kemunculan lebih banyak gerai dapat dilihat pada pagi hari Sabtu dan berlanjutan hingga ke hari Ahad. Namun pasar ini juga telah dibuka setiap hari.

SINOPSIS

Tujuan laman blog ini diwujudkan untuk menarik lebih ramai pelancong ke Negeri Perlis. Jabatan Pelancongan telahpun memperkenalkan tujuh pesona perlis antarnya termasuklah Panorama, Taman ular, harumanis, makanan, tarikan sempadan dan pengintipan burung pengembaraan hutan. "Perlis Permai Lagi Mempersona" merupakan ungkapan yang paling tepat menggambarkan keindahan dan kedamaian negeri Perlis. Selamat datang ke Perlis...